Thursday, 21 April 2016

Panggilan Interview Uitm

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah 15 april yang lepas dapat berita yang gembira. Sewaktu aku dekat Singopore, tengah rewang untuk majlis perkahwinan aunty aku. Duduk sebuk-sebuk masukkan coklat dalam kotak sebagai berkat dapatlah satu pesanan message. "UITM: Semakan keputusan panggilan temuduga prog Diploma / Asasi / AP243 Sesi 1/2016 boleh disemak pada 15/04/16 3.00 petang. Layari online.uitm.edu.my"

JENG JENG JENG !
Tertelan air liur dibuatnya. Cuak gila. Terus berhenti buat kerja.

Dalam hati ni rasa, dapat tak course penulisan artistik ni. Course ni nabil betul-betul nak sangat. Minat menulis lah katakan

Dengan bismillahirahnirahim nabil bukak laman web tersebut dan menaip nombor ic nabil. JENG JENG JENG! Sebelum tekan butang semak, bismillah diucap lagi. Dan, ALHAMDULILLAH

"Tahniah, anda berjaya dipanggil untuk temuduga." Dan dapat juga course yang nabil nak tu iaitu Diploma Teknologi Kreatif (penulisan artistik). Tapi ni interview je dulu, tak tau dapat ke tak lagi betul-betul. Btw, interviewnya lusa. Harap tak gelabah. Bye, assalamualaikum

No comments:

Post a Comment